Assalamuaikum...
Salam sejahtera...
Sebenarnya aku tak berniat pun nak tulis sesuatu malam ni.
Malas sebab semalam dah mengarut panjang.
Tapi kali ni aku tak tahan.
Hormon berkeliaran tanpa arah tujuan.
Roommate aku pun dua-dua dah melayang dalam mimpi masing-masing.
So, aku merempanlah dalam blog ni sorang-sorang.
Aku masih ingat dan sedih tentang kematian arwah adik Faris.
Memang terkejut dan sedih gila.
Aku tahu berita ni daripada blog Mazidul Akmal.
Memang sejak aku tahu sakit adik ni, aku memang follow je setiap entri dia.
Last aku baca dalam kelas.
Waktu tu aku nak tunjuk kat Dayah and Nora tentang kisah adik ni.
Aku pun dah niat nak g Maybank petang tu. Nak menyumbanglah setakat yang termampu.
Tup.. Tup.. Keluar entri baru. [Klik sini]
Sedih gila...
Menitis air mata.
(~_~,)
Tak lama lepas tu, aku terbaca tentang lagi satu entri dia.
Tentang........................
Entahlah.
Aku pun susah nak cakap.
Ko baca lah sendiri. [Klik sini]
Okaylah.
Malas nak cakap banyak.
Aku pun bukan arif sangat.
Tapi bagi aku ni soal moral tau.
SENSITIVITI.
Senang kata ini soal HATI PERUT.
Aku tak salahkan akak tu.
Dia pun dah minta maaf.
Manusia kan.
Biasalah tu...
Cuma aku harap dia jadikan kesilapan tu sebagai pengajaran.
Tapi yang aku gerammm...
Ni ada lagi satu kes.
Kira sepupu sepapat la kan...
Satu lif senang kata.
Ini ceritanya...
Siyesly aku sedih + terkejut.
Walaupun aku tak kenal, tapi arwah ni pun sem 6 gak.
Sama cam aku.
Kawan kepada kawan-kawan aku dan housemate aku.
Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.
Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Ameenn...
Memang rata-rata sekarang, homepage Facebook aku penuh dengan status tentang berita ni.
Ramai kawan-kawan yang meluahkan rasa sedih dan kehilangan.
Termasuk dengan kawan aku yang sorang ni.
Kawan yang tak lah rapat.
Tapi pernah satu kumpulan waktu ambil subjek Falsafah & Dasar Pendidikan sem II dulu.
[Kottt..!! Lupa dah tajuk subjek tu]
Aku tumpang sedih.
Tapi sedih tu tukar jadi SEBELLL bila baca komen yang aku highlight kan tu.
Aku sorokkan identiti dia dan kawan aku tu sebab tak nak jadi gadoh.
Tak nak jadi isu.
Mana yang kenal tu kenal lah kan.
Mungkin ada gak yang terbaca.
Aku cuma nak kongsi perasaan aku waktu ni.
Gila sebellll...
Deyyy... Akai ada kaaa???
Ko tak tengok ke mana ko letak iklan ko tu???
Ko tak tengok ke mood orang waktu tu???
Ko baca ke tak status orang tu???
Orang lain pun handle kelab and persatuan.
Ada banyak jugak benda nak kena hebahkan.
Ada banyak jugak program kena urus dan settlekan.
Tapiiiiii.... [Jawablah sendiri]
Ko nak berbisnes? SILAKAN.
Ko nak iklankan sesuatu? SILAKAN.
Ko nak berbual? SILAKAN.
Ko nak buat apa pun, SILAKAN.
Itu hak ko.
Tapi akai tadakkkk ka???
Hati dengan perut ko pegi mana ha???
Takkan tak leh nak tengok situasi???
Takkan tak leh pikiaqqq bebb???
Haishhh...
Aku rasa aku tengah cakap ikut emosi.
Sorrylah...
Mulut aku jahat gila kan???
Tapi aku tak tahu part mana aku nak bersangka baik dengan isu ni.
Tolonglah betulkan kalau aku silap.
Tolonglah tegur kalau aku terlepas pandang.
Aku bukan nak aibkan sesiapa.
Bukan nak jatuhkan orang pun.
Aku minta maaf kalau ada yang terasa.
Tapi sekali lagi aku tegaskan, ini soal hati.
Sensitiviti orang.
Melibatkan perasaan.
Soal hidup dan mati tau.
Bukan benda main-main.
Mungkin bagi sesetengah orang, tak kisah pun.
Tak nak amik porttt...
Bukan benda salah pon.
Tapiiiiii...
Haishhh... Jawablah sendiri.
Kalau ada orang pertikaikan kenapa aku tak tegur directly kat sipolan, jawapan aku adelah, aku tak rapat dan tak pernah bertegur sapa dengan dia.
Kenal memang kenal.
Tapi kenal nama dan muka jelah.
Satu UPSI kan.
Tapi nak tegur pon biar berhemah dan berhikmah
Ko boleh terima ke kalau orang luar sound ko tetiba?
Mau tak berapiii??
Tapi ini adalah pandangan peribadi.
Aku cerita tentang ni sebab nak tegur diri sendiri.
Supaya aku sentiasa ingat dan tak buat macam ni.
Setiap orang ada kepentingan sendiri, tapi jangan sampai tak tengok kanan dan kiri.
Bila buat sesuatu, sila guna akal dan nilailah guna hati.
✿ AN-NUR FARHAH AMANINA ✿
MIMPI : Aku nak tegur sipolan dengan baik dan sopan. Datang dengan senyuman dan membawa 1001 harapan. Cesss... Tapi "Siapalah Diri Ini...".
REALITI : Aku ni cakap bajet bagus. Mulut pun jahat. Mana ada orang nak dengar. Jadi, tegurlah diri sendiri. Supaya tak menyusahkan orang di kemudian hari. Sekian.
p/s : Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.












